Ikhwanul Muslimin Kerian

Disinilah tempat di mana penubuhan Persatuan Ikhwanul Muslimin yang disifatkan oleh Penjajah British sebagai Penderhaka kerana tindakan kesatuan berkenaan menentang dasar penjajah British. Kumpulan berkenaan dianggap oleh British sebagai Musuh dari Gunung yang merujuk kepada penubuhan Persatuan berkenaan di Gunung Semanggol, akan tetapi persatuan ini akhirnya telah diharamkan oleh pihak Inggeris.

Walaupun mereka dianggap sebagai tokoh yang telah mengambil peranan awal untuk menubuhkan PAS, tetapi yang berusaha mengadakan perjumpaan menubuhkan PAS ialah bekas pemimpin Hizbul Muslimin dari Gunung Semanggol, Perak. Antaranya ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir . Paling mutakhir pemimpin PAS yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri N9 kawasan Gunung Semanggol adalah Sabran bin Haji Asmawi yang memenangi kerusi DUN pada pilihanraya umum tahun 1999M.

Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah telah menamakan sekolah sedia ada sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar al Baqir sempena nama Ustaz Abu Bakar Al Baqir , seorang negarawan yang terkenal khususnya di kawasan Perak Utara. Beliau merupakan seorang ulama dan nasionalis yang banyak menyumbang jasa kepada agama, bangsa dan negara khususnya melalui penubuhan Maahad Al-Ehya Al Shariff , Gunung Semanggol.